Friday, October 12, 2012

Undang-undang 3: Bilangan Pemain

A. Pemain

Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja. Setiap pasukan
mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan
tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.






B.  Perlawanan Rasmi

Bagi setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuanpersatuan
di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain gantian sahaja
dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan
mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan
untuk membuat pertukaran iaitu di antara 3 hingga 7 pemain gantian.
Rajah : Barisan pemain dan pengadil untuk satu perlawanan rasmi.





Rajah : Barisan pemain dan pengadil untuk satu perlawanan rasmi.

C.  Nama Pemain Gantian

Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan
kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak
didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

D. Prosedur Penggantian Pemain

Pertukaran pemain gantian mestilah mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat
Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak
digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada
pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki
padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi
mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.



Rajah : Prosedur penggantian pemain.

E. Pertukaran Penjaga Gol

Untuk menukar penjaga gol, pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu
dan sebelum pertukaran dibuat semasa pemberhentian permainan.

2 comments: