b) Menyerkap
Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang permain
itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam permainan bola sepak. Pelbagai bahagian
badan, kecuali tangan, boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian
anggota badan bergantung pada keadaan bola yang datang, sama ada meleret di
atas padang atau tinggi di udara.
i) Menyerkap Bola
Leret
Menyerkap bola leret boleh dilakukan dengan menggunakan
bahagian kaki, bahagian luar kaki,
kekura kaki dan tapak kaki.
Teknik menyerkap bola
leret
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan.
- Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang.
- Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang.
ii) Menyerkap Bola
Tinggi
Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan
bahagian dalam kaki, paha dan dada.
Teknik menyerkap bola
tinggi menggunakan bahagian dalam kaki
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola.
- Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.
- Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.
Teknik menyerkap bola
tinggi menggunakan bahagian paha
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
- Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola.
Teknik menyerkap bola
tinggi menggunakan bahagian dada
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
- Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.