Menurut Bill Muray, pakar sejarah sepak bola, dalam bukunya The World
Game: A History of Soccer, sepak bola sudah dimainkan sejak awal Masehi.
Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan
membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah
Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro,
permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di
dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan
memainkannya dengan paha.
Sepak bola juga disebut-sebut berasal
dari daratan Cina. Dalam sebuah dokumen militer disebutkan, sejak 206
SM, pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah
memainkan permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai arti
"menerjang bola dengan kaki". Sedangkan chu, berarti "bola dari kulit
dan ada isinya". Mereka bermain bola yang terbuat dari kulit binatang
dengan cara menendang dan menggiringnya ke sebuah jaring yang
dibentangkan pada dua tiang.
Jepun pun tidak mau ketinggalan.
Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah mengenal permainan ini.
Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya terbuat dari kulit kijang
berisi udara.
Bola Sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia pada masa kini. Walau demikian perkembangan pesat permainan ini hanya bermula pada abad ke-19.Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pada tahun 1863 merupakan pertubuhan bola sepak yang pertama di dunia. Piala FA yang diperkenalkan pada tahun 1871 untuk pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain profesional mulai tahun 1885. Tahukah anda bahawa peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870? Di peringkat antarabangsa, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai FIFA (Federation of International Football Associations) telah ditubuhkan di Paris pada tahun 1904.
Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali adalah pertandingan bola sepak yang berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah pertandingan Piala Dunia yang pertama pada tahun 1930. Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk ke negara ini oleh tentera British pada abad ke-19 ketika mereka bertugas di negara ini. Kini, bola sepak adalah permainan yang paling popular di kalangan pelajar lelaki dan
kaum belia di negara kita.
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM (Football Association of Malaya) yang ditubuhkan pada tahun 1927 adalah badan bola sepak kebangsaan yang mengawal perkembangan permainan bola sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan-persatuan bola sepak di peringkat negeri. Pesta Bola Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi Pro adalan antara beberapa pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM di negara ini.
facebook,com
ReplyDelete