A. Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua penolong pengadil. Antara tugas penolong pengadil ialah: • Menunjukkan isyarat bila keseluruhan bola keluar dari garisan padang.
• Menunjukkan isyarat pasukan mana berhak untuk sepakan sudut, sepakan gol dan lontaran ke dalam.
• Menunjukkan isyarat pemain yang berada dalam kedudukan ofsaid.
• Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar penglihatan pengadil.
Rajah : Penolong Pengadil.
B. Bantuan
Membantu pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Penolong pengadil boleh masuk padang untuk mengawal dan memastikan jarak 10 ela (9.15 m) dipatuhi.
No comments:
Post a Comment