Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bersopan adalah dihukum seperti berikut:
Sepakan Percuma Terus
Sepakan percuma terus diberi kepada pasukan pihak lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut;
• menendang atau menendang pemain lawan.
• membentes atau cuba membentes pemain lawan.
• menerjah ke pemain lawan.
• merempuh pemain lawan.
• memukul atau cuba memukul pemain lawan.
• menolak pemain lawan.
• takel pemain lawan.
Sepakan percuma terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain melakukan salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• memegang pemain lawan.
• meludah pemain lawan.
• memegang bola dengan sengaja (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya).
Sepakan percuma terus adalah dibuat dari tempat dimana kesalahan berlaku.
Sepakan Penalti
Sepakan penalti adalah diberi jika salah satu dari sepuluh kesalahan di atas dilakukan oleh seorang pemain di dalam kawasan penaltinya, tanpa mengira kedudukan bola, dengan syarat bola berada di dalam permainan.
Sepakan Percuma Tidak Terus
Sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol, di dalam kawasan penaltinya, melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut:
• mengawal bola dengan tangannya lebih dari enam saat sebelum melepaskan
• menyentuh bola semula dengan tangannya setelah bola dilepaskan dari kawalannya dan sebelum disentuh oleh pemain lain.
• menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
• menyentuh bola dengan tangannya setelah menerimanya terus dari lontaran ke dalam oleh rakannya.
Sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan jika seorang pemain, pada pendapat pengadil:
• bermain dengan cara yang berbahaya.
• menyekat pergerakan pemain lawan.
• menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya.
• melakukan kesalahan lain yang tidak disebut dalam undang-undang 12, yang mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar pemain.
Sepakan percuma tidak terus adalah dibuat dari tempat di mana kesalahan berlaku
Tindakan Disiplin
Kad kuning adalah digunakan untuk memberitahu bahawa pemain atau pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diberi amaran.
Kad merah adalah digunakan untuk memberitahu bahawa pemain atau pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan telah diperintah keluar.
Hanya seorang pemain pengganti atau pemain yang telah digantikan sahaja boleh ditunjukkan kad merah atau kad kuning.
Pengadil berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin dari ketika ia masuk ke padang permainan sehingga ia meninggalkan padang permainan selepas tiupan wisel penamat.
Pemain yang melakukan kesalahan beramaran atau perintah keluar, di dalam atau di luar padang permainan sama ada terhadap pemain lawan, rakannya sepsukan, Pengadil, Penolong Pengadil atau orang lain, adalah dikenakan tindakan disiplin mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjuk kad kuning jika dia melakukan ssalah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bersalah kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
• membantah dengan perkataan atau perbuatan.
• sentiasa melanggar Undang-undang Permainan.
• melambat-lambat memulakan semula permainan.
• gagal beredar ke jarak yang dikehendaki apabila permainan dimulakan semula dari sepakan penjuru, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.
• masuk atau masuk semula padang permainan tanpa kebenaran Pengadil.
• dengan sengaja meninggalkan padang permainan tanpa kebenaran Pengadil.
Pengganti atau pemain yang telah digantikan adalah diberi amaran jika melakukan
salah satu dari tiga kesalahan berikut:
• kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
• membantah dengan perkataan atau perbuatan.
• melambat-lambat memulakan semula permainan.
Kesalahan-kesalahan Perintah Keluar
Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti adalah diperintah keluar jika dia melakukan salah satu dari tujuh kesalahan berikut:
• bermain dengan amat kasar.
• berkelakuan ganas.
• meludah pemain lawan atau orang lain.
• menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai kepada penjaga gol yang berada di dalam kawasan penalti sendiri).
• menggagalkan peluang jelas untuk menjaringkan gol oleh pemain lawan yang yang menuju ke arah gol lawan lawannya, dengan melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma atau sepakan penalti.
• menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau katakata kesat dan/atau gerak laku.
• menerima amaran kedua di dalam perlawanan yang sama.
Pemain, pengganti atau pemain yang telah diganti yang diperintah keluar
No comments:
Post a Comment