Lontaran ke dalam adalah suatu untuk memulakan semula permainan.
Lontaran ke dalam adalah diberi kepada pasukan lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara.
Gol tidak boleh dijaringkan terus dari lontaran ke dalam.
Prosedur
Semasa melontar bola ke dalam, pelontar
• mengadap ke padang permainan.
• sebahagian dari tiap-tiap kakinya berada di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi.
• memegang bola dengan kedua-dua tangannya.
• melontar bola dari belakang dan melalui atas kepalanya.
• melontar dari tempat di mana keluar dari padang permainan.
Semua pemain lawan mesti berdiri tidak kurang 2m (2 ela) dari tempat di mana
lontaran ke dalam itu dibuat.
Bola dikira di dalam permainan apabila ia masuk ke dalam padang permainan.
Setelah melontar, pelontar tidak boleh menyentuh bola sekali lagi sehingga ianya telah menyentuh oleh pemain lain.
Pelanggaran dan Hukum
Lontaran ke dalam oleh pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, pelontar dengan sengaja memengang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan beraku.
• sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti pelontar itu.
Lontaran ke dalam oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain:
sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memengang bola sebelum ianya menyentuh pemain lain:
• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penalti penjaga gol berkenaan dan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penalti penjagi gol berkenaan, sepakan itu dibuat di tempat mana kesalahan berlaku.
Jika seorang pemain lawan dengan cara tidak adil mengganggu tumpuan atau menghalang pelontar:
• dia diberi amaran kerana kelakuan tidak bersemangat sukan.
Untuk pelanggaran lain Undang-undang ini:
• lontaran ke dalam adalah dibuat oleh pemain pasukan lawan.
No comments:
Post a Comment