A. Jangkamasa Permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan di antara kedua-dua pasukan dan pengadil diberitahu sebelum permainan dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
B. Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.
C. Masa Tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan.
D. Tendangan Penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
E. Pemberhentian Perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya
No comments:
Post a Comment