Friday, October 12, 2012

Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti dikenakan ke atas pasukan yang melakukan salah satu daripada sepuluh kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus di dalam kawasan penaltinya semasa bola di dalam permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penalti.

Tambahan masa adalah dibenar untuk sepakan penalti yang akan dibuat pada akhir setiap bahagian masa atau pada akhir tempoh masa tambahan

Posisi Bola dan pemain-pemain

Bola:

• Mesti diletakkan di tanda penalti.

Pemain yang membuat sepakan penalti
• Mesti dikenal pasti.

Penjaga gol bertahan
• Mesti berada di atas garisan gol, menghadap penyepak di antara tiangtiang gol sehingga bola disepak.

Kedudukan pemain-pemain selain daripada penyepak mesti berada:
• di dalam padang permainan.

• di luar kawasan penalti.
• di belakang tanda penalti.
• sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari tanda penalti.

Prosedur

• setelah semua pemain mengambil tempat menurut undang-undang, Pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat.
• pemain yang mebuat sepakan penalti mesti menyepak bola ke hadapan.
• dia mesti tidak memainkan bola sekali lagi sehingga bola menyentuh oleh pemain lain.
• bola dikira di dalam permainan apabila disepak dan bergerak ke hadapan.

Apabila sepakan penalti dibuat pada masa permainan biasa, atau masa yang dilanjutkan pada separuh masa atau masa penuh untuk membolehkan sepakan penalti dibuat atau dibuat semula, jaringan gol adalah diberi jika, sebelum melintasi di antara tiang-tiang gol dan dibawah palang gol:

• bola menyentuh satu atau kedua-dua tiang gol dan/atau palang gol dan /atau penjaga gol
Pengadil memutuskan bila sepakan penalti itu telah disempurnakan

Pelanggaran dan Hukuman

Jika pengadil memberi isyarat untuk sepakan penalti dibuat, dan sebelum bola berada di dalam permainan, salah satu dari yang berikut:

Pemain yang membuat sepakan penalti melanggar Undang-undang
Permainan:

• pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
• jika bola masuk kedalam gol, sepakan dibuat semula.
• jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.

Penjaga gol melanggar undang-undang Permainan:

• pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
• jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
• jika bola tidak masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.

Rakan pemain yang membuat sepakan melanggar Undang-undang
Permainan:


• pengadil membenarkan sepakan diteruskan.
• jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuat semula.
• jika bola tidak masuk ke dalam gol, pengadil berhentikan permainan dan mulakan semula permainan dengan sepakan percuma tidak terus kepada pasukan bertahan di tempat mana kesalahan berlaku.

Rakan Penjaga gol melanggar Undang-undang Permainan:
• pengadil membenar sepakan diteruskan.
• jika bola masuk ke dalam gol, jaringan diberi.
• jika bola masuk ke dalam gol, sepakan dibuatt semula.

Seorang pemain dari kedua-dua pasukan bertahan menyerang melanggar
Undang-undang Permainan


• sepakan dibuat semula
.
Jika selepas sepakan penalti dibuat

Penyepak menyentuh bola sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum
bola menyentuh oleh pemain lain:


• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 - Kedudukan Sepakan Percuma).

Penyepak dengan sengaja memengang bola sebelum ianya menyentuh
pemain lain:


• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan dibuat di tempat kesalahan berlaku (rujuk Undang-undang 13 - Kedudukan Sepakan Percuma).

Bola disentuh oleh anasir luar semasa ianya bergerak ke hadapan:

• sepakan dibuat semula

Bola melantun ke dalam padang permainan dari penjaga gol, palang gol atau tiang gol dan kemudiannya disentuh oleh anasir luar:

Pengadil berhentikan permainan

Permainan dimulakan semula dengan jatuhan bola ditempat bola disentuh anasir luar, kecuali jika ianya menyentuh anasir luar di dalam kawasan gol maka Pengadil membuat jatuhan bola di atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol di tempat paling hampir di mana bola berada semasa permainan diberhentikan.

No comments:

Post a Comment