Friday, October 12, 2012

Undang-undang 11: Ofsaid

Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid. Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika;

• dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir. Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika;
• dia berada di kawasan permainannya sendiri, atau
• dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir, atau
• dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir.

A. Kesalahan

Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum, jika pada pendapat pengadil, ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya, dia terlibat aktif dalam permainan dengan;

• mengganggu permainan, atau
• mengganggu pemain pihak lawan, atau
• memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu.

B. Tiada Kesalahan Ofsaid

Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari;

• sepakan gol.
• lontaran ke dalam.
• sepakan penjuru.


C. Pelanggaran Dan Hukuman

Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberikan sepakan percuma tidak
terus kepada pasukan lawan yang diambil di tempat kesalahan itu berlaku.

No comments:

Post a Comment